Wednesday, July 23, 2008

Bald woman for you

Bald woman  for you
Blogged with the Flock Browser

Thursday, July 3, 2008

actress bald

Many actress Go bald today

EKIN BOTAK

Bukan sebab mencari publisti murahan atau sengaja mencetuskan kontroversi tetapi semuanya gara-gara rambutnya sudah teruk rosak!Itulah jawapan bekas bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Nor Ashikin Abdul Rahman, 24, atau Ekin AF3, dalam mengulas kenapa dia mengambil tindakan nekad lagi berani dengan mencukur licin kepalanya seperti penyanyi Britney Spears dan pelakon Sharifah Amani.

Hakikatnya, Ekin yang sering dikaitkan dengan rakan seangkatan, Yazer, mengakui bahawa foto gadis botak yang disiarkan Murai Batu dalam murai.com.my sejak kelmarin adalah dirinya sendiri. "Itulah rupa Ekin sekarang. Ekin mengambil keputusan nekad itu pada 3 Jun lalu. Ekin mencukur kepala di rumah Ekin di Kuala Lumpur pada waktu subuh.

"Sebenarnya Ekin ada masalah rambut yang serius sejak beberapa tahun lalu. Rambut Ekin asyik gugur sejak dulu.. Seingat Ekin, sebelum Ekin masuk AF3 lagi. Jadi, Ekin botakkan kepala untuk tumbuhkan rambut baru yang lebih sihat. "Sebenarnya, niat asal Ekin adalah nak buang rambut yang rosak saja. Jadi Ekin pun cubalah potong pendek dan nipis. Potong punya potong, ia akhirnya tak menjadi. Jadi Ekin fikir baiklah terus cukur licin. Ekin rasa, kalau pergi salun rambut pun ia sudah tidak boleh diselamatkan lagi," jelasnya.

Apa Komen Keluarga?
"Keluarga Ekin belum tengok lagi tapi, Ekin ada beri tahu keluarga yang Ekin hendak botakkan kepala. Mereka tidak melarang dan tidak pula menggalakkan. Mereka bagi nasihat dan cuma risau kalau-kalau rambut Ekin tak tumbuh semula.

"Ekin juga tanya kawan-kawan. Awalnya mereka terkejut tapi ada yang sudah tengok. Semua cakap OK. Terus terang Yazer adalah orang yang pertama sekali tengok wajah Ekin botak.
"Lepas ni, untuk show, Ekin terpaksalah pakai rambut palsu buat sementara," ujar Ekin yang tidak lagi bersama Maestro Talent sejak April lalu.

Botak sebab putus cinta?
Sikap berani Ekin ini jelas mengundang pelbagai tohmahan malah pengunjung di murai.com.my sendiri memberikan pelbagai komen. Malah, ada segelintir pihak mengatakan Ekin botak kerana putus cinta. Benarkah?

"Tindakan Ekin ini tak ada kena mengena langsung dengan kes putus cinta atau frust pada sesiapa. Ekin juga memang tiada niat langsung untuk mencari publisiti murahan macam orang sangka. Bayangkan rambut itu adalah mahkota setiap wanita dan takkanlah semudah itu Ekin sengaja nak korbankan rambut Ekin.

"Apa yang penting bagi Ekin, semua ini ada sebab kenapa Ekin botak. Lucunya, selepas botak, ada kawan-kawan cakap Ekin nampak sangat menarik dan boleh buat imej album Ekin nanti. Entahlah, tengoklah macam mana...

"Cuma di sini Ekin ingin minta maaf pada semua orang sekiranya tindakan Ekin ini dianggap keterlaluan," pintanya bersungguh-sungguh.